Pagi tu, seperti biasa, Aiman melangkah menuju ke sekolah. Jarak asrama dan sekolah yang sangat dekat mendorong Aiman untuk bangun lewat walaupun menyedari hari itu ada perhimpunan. Die mencari tempat yang strategik untuk meletakkan begnya. Langkah terus dihayun menuju ke dewan besar sekolah itu. Mata masih lagi melilau mencari kelibat seseorang. Dan akhirnya, matanya berjaya mengesan kelibat yang dicari-carinya.

"Emm.. tu pun die. Selalunya bukan main susah nak cari die.", gumam Aiman dari jauh sambil memerhatikan insan yang sedang leka berbual sambil duduk di kerusi berdekatan pintu tepi dewan besar itu.

-------------------------------------------------------

"Zue, nak pinjam nota sejarah boleh? Tak sempat nak buatlah, semalamkan ade game. Boleh? Please...."

"Kau ni... cuba buat sendiri, paham pulak kau tulisan aku ni, Lainlah kalau aku yang nak pinjam nota kau tak pe lah, kelas je buku. " Balasan Zuraidah atau lebih dikenali sebagai Zue oleh rakan-rakannya.

Zue adalah pelajar yang pintar di didalam kelas 5 Bestari tersebut. Zue juga seorang pengawas yang disegani kerana memiliki muka yang agak serius kerana jarang senyum. Namun begitu, Zue sangat dikenali oleh guru-guru kerana suke tidur dalam kelas. Hinggakan masa waktu rehat hanya dihabiskan untuk tidur semata.

" Alaa... please!!! Kau kan baik, nanti aku belanja kau. "

" Ambik lah dalam buku teks Sejarah tu, nanti pulang balik tau, sebelum Cikgu Normah masuk tau, nanti tak pasal-pasal dia bising. Kau tau jelah dia tu. "

"Thanks... sayang kau lebih lah"

"Sayang kau juga", Balas Zue dalam hati sambil tersenyum.

"kau memang suka dera batin aku, dari tingkatan 3 tau aku suka kau" Monolog Zue sendirian.

-------------------------------------------------------------------

"Woi, duduk cepat. Cikgu Normah dah sampai" jerit ketua tingkatan 5 Bestari, Azizul.

Cikgu Normah sudah melangkah masuk ke kelas, manakala pelajarnya sudah menunggu dengan seribu satu ketakutan. Kerana, Cikgu Normah adalah jenis manusia yang sukar untuk dijangka.

"Okay, siapa yang tak bawa buku teks, keluar ke depan. Saya dah pesan kan semalam"

Semua diam, di satu sudut di dalam kelas, Zue sedang mencari sesuatu.

"Ika, akunya buku mana nie?"

"Tak de dalam beg kau, ke kau tak bawa?" Ika, rakan yang duduk sebelah Zue.

"Ada, aku bawa tadi. Aiman, buku aku mana?" Kini dia beralih pula bertanya kepada Aiman yang kebetulan duduk dihadapannya.

"Aku tak ambil lah, aku ambil buku nota kau jelah, itupun aku dah letak balik"

"Aduh, kene lah aku."

Cikgu Normah memulakan kelas, tanpa menghiraukan soal buku teks tadi.

"Zue, cuba baca perenggan dua dalam buku tu"

"Ika, kejap ye, pinjam", bisik Zue sambil mengambil buku teks tersebut.

"Oh... kamu tak bawa buku ye, sini! Sape lagi yang tak bawa, baik mengaku."

Keluarlah Naim, Azroy dan Zue ke hadapan. Satu cubitan singgah ke perut masing-masing. Cubitan Cikgu Normah boleh dikategorikan sebagai cubitan berbisa dan sangat digeruni oleh semua pelajar 5 Bestari.

"Wei, sumpah malu. Naim dengan Azroy tu lain lah. Aku dah lah pengawas, perempuan pulak tu. Kalau aku dapat siapa yang ambil buku aku, memang kene lah dengan aku," bisik Zue dalam hati.

---------------------------------------------------------------------

"Kring........."

"Ok kelas, sampai sini sahaja dulu, jangan lupa siapkan kerja yang saya berikan. Esok saya semak, kalau tak siap ada lah habuan untuk kamu," kata Cikgu Azman sebelum dia melangkah keluar dari kelas.

"Zue, aku nak minta maaf sangat-sangat. Ni, buku kau, aku tak perasan, aku guna buku kau tadi, aku ingat aku punya, tapi baru aku teringat, buku aku tinggal kat bilik. Sorry tau. "

"Kau... memanglah. Kau tau tak, malunya aku kene denda kat depan tadi, Kau tau tak sakitnya Cikgu Normah tu cubit. Sorry sorry, naik lorry lah. Terima kasih lah banyak-banyak, aku tolong kau, tapi ni yang kau bagi kat aku" Zue merampas buku yang dihulurkan oleh Aiman dan terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan Aiman yang berterusan menyatakan sorry.


bersambung....

0 comments:

Post a Comment

+ About This +

Creating for fun. Everything in this site not related to each other. If, had a person not satisfied... I'm SORRY because everybody is not perfect...

+ Kata - Kata +


+ Teman +