Wazzup!! 2011 is coming... and 2010 was gone. Dah setahun rupenye, tak sedar pun masa yang berlalu. Sebenarnya ari tu tak perasan pun dekat nak penghujung tahun, tapi kat paper banyak page yang keluarkan rentetan peristiwa yang pernah belaku sepanjang tahun 2010, then baru lah perasan dah nak masuk 2011 mean dah nak masuk sem 6 kat UiTM Segamat tu.


By the way, Happy New Year. Semoga yang penah berlaku, suka dan duka sepanjang 2010 menjadikan kehidupan kita lebih dewasa. Diharapkan 2011 memberi sinaran batu dalam kehidupan kita sehari. Sesunggunhya yang teruk harus di jadikan sempadan dan yang baik di jadikan tauladan. Last but not least, CONGRATS kat pasukan Bola Sepak Malaysia yang menang Piala Suzuki hari tu. Best and seronok sangat tengok diorang main.



Yezza!! Kuala Pilah daerah kelahiranku. Emm dulu duduk asrama kat SMK Za'ba Kuala Pilah, so 5 tahun duduk asrama kat citu. Outing time habis 1 Kuala Pilah dijelajahi. Emm.... miss that moment. Bile dah habis SPM jarang dah turun situ coz boleh tahan jauh gak lah rumah ngan KP tu.

HARI NI, aku sampai kesana. Waaa.... agak membangun jugaklah KP tu sekarang. Ape yang best kat KP... emmm..

Firstly, Burger Medan. Actually, stall burger tu name dia ' Awie BOGO' hehehe.. tapi disebabkan stall die berada betul-betul dekat dengan Medan Selera Kuala Pilah, maka jadilah Burger Medan. Zaman skolah dulu, klu outing mesti cari burger tu. Kly malas nak kluar, kirim jelah ngan member-member. Sedap??? Emm.. boleh r, setanding burger segamat rasanye. Kalau nak tau, pergilah sendiri kat stall burger tu.

dekat-dekat area citulah abang tu punye stall burger

Second thing yang best, Cendol Bus stand. Tapi hari nie tak sempat nak pegi lah plak. Rase cendol nye, best, nak tau beza cendol tu ngan tempat lain?? Emm... tak de kot just owner die yang agak peramah plus kat KP tu, tu lah satu-satunya tempat yang best untuk di nikmati cendolnye. Time skolah dulu penah kecoh yang pak cik jual cendol kat situ kacau cendol pakai selipar samapi ada yang tak nak pegi kedai tu lah. Logik nya, memanglah pak cik tu pakai selipar, tak kan nak pakai kaki ayam.. huhuhu


inilah cara pak cik cendol uh kacau cendol pakai selipar

Lastly.... emmm actually banyak lagi. Tapi malas nak taip lagi. Izinkan di sambung bila aku free lagi. Hehehe Conclusion kat sini, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri....... (sambung sendiri coz dah lupa hujung nya)










This lagi 1 part... hehehe.. Klu ade name yang tak sepatutnye ade tu, sorry lah yerk.. All people made mistakes....










Nie kire macam flash back untuk sepanjang 2010. By the way banyak sangat kenangan pahit and manis for this year. Bile pikir-pikir balik penat je, bergadoh lah, merajuk lah. Kadang-kadang status FB pun orang boleh salah paham. Huhuhu

Hai... long time no see... Member aku dah tegur suh update blog dah.. hehehe... Lately busy cikit coz asyik layan movie ngan drama je. So online pun jarang-jarang. Emm... tadi mase tengok drama 'SILENCE' ada input yang aku dapat. So, I just want to share with you all.. Check it out!

" As long as you are alive, you should have no right to regret. Regret is what the people, who are leaving the world say. It doesn't matter if you can accomplish your goal or not, it's more the fact that you try your best to accomplish it. Then there will be no regret. "




" If you have no dream, then you have to walk to an higher ground. You can try jumping. Look at this world from the high place, you will find that this world is very different from what you think. Look at the sky above your head, look at the people at your feet. Even if you have no dream, you should still have a responsibilities."

p/s : translatelah ikut pahaman anda masing-masing. Setiap orang punye pandangan berbeza...



Selamat Sejahtera buat semua umat Islam. Hari nie hari Jumaat 10 Disember 2010 bersamaan 4 Muharram 1432 Hijrah mean dah 4 hari kita masuk tahun baru. So, nak share cikit kelebihan-kelebihan penghulu segala hari nie.

Sumber : http://blogs.iium.edu.my/norasita/2008/08/01/fadilat-hari-jumaat/

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.



p/s : Sebenarnya hari nie result final exam student Uitm keluar, tapi aku tak nak tengok lagi. Maybe 2 3 hari baru tengok kot. =)


" Yang sebenarnya Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya" - Ingat lagi tak??

Ayat nie femes dalam cite Dragon Ball yang Tv2 penah siarkan dalam tahun 2001 ke 2003 kalau tak silap. Dulu hujung minggu tepat masa je dah duduk diam-diam depan TV nak tunggu cite tu dengan adik aku. Tapi masan ending cite tu dulu tengok kat hostel ngan member-member.


Ape yang menarik cite nie... katun die best and jalan cite die menarik. padahal carik bola naga je kot. Tapi paling best bile adegan lawan-lawan, kadang-kadang sampai 2 3 episod. Ntah bile nak habis pun tak tau lah. Hahaha....



Ni Goku. Watak utama cite nie, dari kecik sampai die mati hidup balik, die ade je dalam cite nie.




p/s : aku dah tak berape nak ingat lagi pasal cite nie sangat, tapi aku still suke. If die main balik kat TV sure-sure aku tengok. hehehe


Hai! Lately aku suke layan movie yang boleh dikategorikan merepek oleh seorang member aku nie. One of the story is 'CROW ZERO'. Tapi cerita ni serius best giler coz aku memang suke cite macam nie. Story board die banyak adegan gaduh-gaduh so bile tengok memang aku jadi excited giler.



Korang nak tau lebih pasal cite nie, usya link nie - http://en.wikipedia.org/wiki/Crows_Zero . And kalau free boleh r tengok sendiri, carilah kat mane-mane site.
Hehehe... Ape yang penting, hero dalam cite nie, my favorite hero Jepun.




Thanks to Allah because bagi lagi peluang untuk bernafas hari nie. Akhirnya.... Aku kembali 'membuat blog'. Hehehe... So hari nie post untuk WELCOMING TO THE READER yang menyudikan diri membaca...

+ About This +

Creating for fun. Everything in this site not related to each other. If, had a person not satisfied... I'm SORRY because everybody is not perfect...

+ Kata - Kata +

+ Teman +